Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor bumiputera yang mempunyai Perakuan Pendaftaran, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan SPKK (Berdaftar STB) yang masih sah dibenarkan membuat tawaran sekurang-kurangnya tiga (3) bulan selepas tarikh tutup iklan sebut harga 03/04/2024 bagi kerja serta syarat-syarat berikut :-
Dokumen Meja Sebut harga akan dipamerkan mulai 24/03/2024(AHAD) sehingga 03/04/2024(RABU) semasa waktu pejabat di Kaunter Unit Perolehan, Majlis Daerah Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor.
Semua Dokumen Sebut harga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Kaunter Unit Perolehan, Majlis Daerah Kota Tinggi, Kota Tinggi sebelum jam 12.00 Tengah hari pada 03/04/2024(RABU).
Penyebut harga yang tidak berjaya boleh mengambil semula dokumen sebut harga mereka di Unit Perolehan, Majlis Daerah Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor dalam tempoh Sembilan puluh hari (90 hari) selepas tarikh berkuatkuasa sebut harga. Selepas tempoh tersebut semua dokumen sebut harga yang tidak berjaya akan dilupuskan.
(MOHAMMAD NAZRUL BIN ABD RAHIM) Yang Dipertua, MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI.
Tarikh Iklan: 19/03/2024